Koperasi Kumpulan Halagel Kedah Berhad, atau KOHALAGEL, merupakan koperasi pekerja yang didirikan pada 12 Oktober 2021 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran 202163401076. Koperasi ini dianggotai oleh para pekerja dan kakitangan Syarikat Kumpulan Halagel, yang bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi anggotanya selaras dengan nilai prinsip koperasi “Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama”.
Pada awalnya, KOHALAGEL berfokus pada kegiatan pemborongan dan peruncitan. Namun, koperasi akan terus mengorak langkah kehadapan dengan menceburi bidang-bidang perniagaan yang lain untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi anggota tanpa mengabaikan kebajikan anggotanya.
KOHALAGEL akan sentiasa komited untuk mengikuti nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi dengan memastikan setiap keputusan yang diambil oleh koperasi diarahkan untuk kepentingan bersama para anggota dan masyarakat secara umum. Oleh yang demikian, KOHALAGEL diharap dapat terus berkembang maju menjadi koperasi pekerja yang berjaya dan berdaya tinggi.